Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji
sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam
a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah
seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq
(pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar
sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan
ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa
ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang
bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka?
Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w.
bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda,
yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi
nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada
nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling
panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang
menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang
meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas
sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama
tentang hukumnya, iaitu:
1.
Orang itu tidak
menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa
bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan
bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan
pedang.
Ini pendapat Imam
Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
2.
Orang itu menjadi
kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah
pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada
Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta
pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
3.
Orang itu tidak
menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan
dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi
seseorang meninggalkan solat.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di
dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di
antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.
Wallahu a’lam.
Sumber : http://soleh.net/
0 comments:
Post a Comment