Juraij
Al-Abid adalah salah seorang ahli ibadah yang shalih di kalangan Bani Israil.
Awal mulanya dia adalah seorang pedagang, kemudian dia meninggalkan
perdagangannya dan cenderung kepada ibadah. Dia membangunkan sebuah tempat
ibadah untuk beribadah kepada Allah di dalamnya. Dia ber-uzlah dari manusia,
dan inilah rahbaniyah di mana Allah dan Rasulullah melarang kita untuk
menjadikannya sebagai cara hidup.
Juraij mempunyai seorang ibu yang shalihah. Pada suatu hari
si ibu datang untuk mengunjungi anaknya dan ingin berbincang dengannya. Si
ibunya datang dan memanggilnya. Pada ketika itu dia sedang shalat, maka dia
lebih mengutamakan shalatnya daripada menjawab panggilan ibunya. Rasulullah
S.A.W. menunjukkan contoh perbuatan si ibu ketika memanggil Juraij. Rasulullah
meletakkan telapak tangannya di atas alis matanya, menirukan perbuatan ibu
Juraij yang mendongakkan kepalanya ketika memanggil putranya. Perbuatan ibu
Juraij itu biasanya dilakukan ketika orang yang dipanggil berada di tempat yang
tinggi. Mereka ingin supaya dpaat melihat orang yang dipanggil dengan mendongak
kepala mereka. Mungkin sinar matahari yang menyilaukan menimpa kedua matanya
ketika dia mengangkat pandangannya kepada anaknya itu menyebabkan dia
meletakkan telapak tangannya di alis matanya. Sepatutnya Juraij meninggalkan
shalatnya dan menjawab panggilan ibunya, kerana menjawab panggilan ibu lebih
baik daripada shalat sunnah. Dia boleh sahaja meringankan shalatnya dan
bersegera menemui ibunya. Akan tetapi, Juraij lebih mementingkan shalat
daripada ibunya, dan dia meneruskan kenikmatan di dalam shalatnya hingga tidak
meninggalkan shalat karena satu dan lain hal.
Esok harinya ibu mengulangi panggilannya, begitu pula di hari
ketiga. Nasibnya di kali kedua dan ketiga tidaklah lebih baik daripada nasibnya
di kali pertama. Karena itu ibu Juraij marah, lalu dia berdoa atasnya dan Allah
mengabulkan doanya. Ibu Juraij berdoa agar Allah tidak mematikannya hingga
menjadikannya melihat wajah pelacur. Rasulullah telah menyampaikan kepada kita,
seandainya ibu Juraij berdoa atasnya agar tertimpa fitnah niscaya dia akan
terfitnah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka ia terjadi dan memudahkan
sebab-sebabnya.
Allah telah menyiapkan sebab-sebabnya dengan mengutus seorang
pelacur untuk merayu dan menggodanya. Penyebabnya adalah bahawa Bani Israil
cemburu dengan kebaikan dan ibadah Juraij. Maka wanita ini begitu meremehkan
Juraij, keshalihan dan ketaqwaannya. Dia yakin bahawa jika dia yang
merayunya, maka Juraij akan bertekuk lutut dan jatuh seperti yang lain. Wanita
ini begitu percaya diri dengan alasan kecantikannya dan berdasarkan hadis
disebutkan bahawa mereka telah memilih wanita ini kerana kecantikan dan
kemolekannya. Orang-orang yang terjerumus ke dalam lumpur kenistaan mengira bahawa
semua manusia adalah seperti yang mereka kenal. Mereka tidak menyangka bahawa
di antara manusia terdapat hamba Allah yang menjauhi kenikmatan dunia yang
hanya sementara dan tidak abadi, juga bahawa terdapat di kalangan mereka
orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang terpelihara sehingga tidak
terjerumus ke dalam kenistaan dan perbuatan keji.
Di
antara mereka adalah Nabiyullah Yusuf As. yang menjadi tauladan dan Al-Qur'an
telah menyampaikan kisahnya. Lalu si Juraij yang digoda oleh wanita pelacur itu
langsung tidak dipedulikannya, tidak tergoda dan terus khusyuk dalam ibadah dan
shalatnya, seolah-olah dia tidak melihat dan menyaksikannya.
Si
pelacur itu amat kecewa dengan tindakan Juraij yang tidak tergoda dengan pujuk
rayunya. Sekarang, dia pulang dengan tangan kosong. Keinginannya gagal dan
impiannya kandas. Dengan itu, si pelacur telah mengambil keputusan untuk tetap
menfitnah Juraij. Ini karena dia telah berjanji kepada orang-orang yang
memperkatakan kebaikan Juraij agar ia memfitnahnya dan menjerumuskannya ke
dalam pelukannya.
Oleh
sebab itu, dia membuat rancangan besar terhadap Juraij. Wanita ini telah pergi
kepada seorang penggembala yang menginap berhampiran tempat ibadat Juraij. Dia
menginap bersamanya dan berbuat onar dengannya. Hasilnya, dia hamil. Dan
apabila bayi itu dilahirkan, dia mengatakan bahawa bayi itu adalah hasil
perbuatan Juraij ahli ibadah.
Juraijlah
pelaku perbuatan buruk ini. Ini bererti Juraij beribadah secara dusta,
kebaikannya hanyalah sekadar pemanis yang palsu. Betapa sedih dan marahnya
orang-orang kampung kerana mereka percaya kepadanya diatas kebaikan, ketaqwaan
dan keteguhan beragama, kemudian ternyata sebaliknya. Orang-orang yang mereka
percayai hanya serigala berbulu domba atau musang berbulu ayam untuk menipu
orang-orang bodoh. Maka, mereka pun menentangnya, sebagaimana orang-orang yang
memperlakukan rahib yang diceritakan oleh Salman ketika dia mengambil dan
menimbun harta sedekah mereka. Mereka menyalibnya setelah dia mati dan menolak
menguburkannya.
Penduduk
kampung mendatangi Juraij dengan kemarahan yang memuncak di hati. Mereka
meminta Juraij turun dan meninggalkan ibadah dustanya. Tetapi Juraij tidak
menghiraukan panggilan mereka kerana dia terus larut dalam ibadah dan
shalatnya. Pada saat itu dengan segala kelengkapan yang ada mereka merobohkan
tempat ibadat Juraij. Melihat keadaan itu Juraij pun keluar untuk menemui mereka.
Akibatnya, mereka telah memaki dan memukulnya.
Ketika
Juraij bertanya tentang alasan kemarahannya, mereka menceritakan tentang
perbuatan Juraij. Mereka meminta agar Juraij bertanya kepada wanita yang telah
mengakui apa yang dia akui itu. Juraij tersenyum mendengar ucapan mereka. Dia
benar dalam ibadahnya, jujur dalam istiqomahnya. Dia yakin tidak melakukan
seperti tuduhan mereka. Tuduhan wanita hina itu hanyalah dusta yang terbuka.
Juraij meminta kepada orang-orang yang marah agar memberinya peluang untuk
berwudhu dan shalat sebentar. Selesai shalat dia mendatangi bayi yang baru
dilahirkan beberapa jam atau beberapa hari. Juraij menusuk perutnya sambil
bertanya, sementara orang-orang terdiam, "Siapa bapamu?"
Sebuah
ayat Allah yang menunjukkan kepada-Nya dan kepada besarnya kodrat-Nya, bayi itu
berbicara dengan suara yang terdengar, ucapan yang jelas dan dipahami. Bayi itu
menjawab, "Bapaku adalah fulan penggembala kambing." Orang-orang
menyadari besarnya kejahatan mereka terhadap seorang hamba shalih. Mereka
mengetahui bahwa Juraij tidak termasuk dalam tuduhan itu. Juraij bukanlah
seorang penipu, dia benar dalam ibadah dan keshalihannya, dan bahwa wanita
inilah yang telah berdusta dengan menuduh Juraij. Mereka menyedari bahawa
mereka telah terburu-buru mempercayai tuduhan itu, sebagaimana mereka telah
memukul Juraij dan merobohkan tempat ibadatnya. Orang-orang itu rasa bersalah
pada Juraij. Mereka menawarkan kepadanya untuk membangunkan tempat ibadahnya
dari emas atau perak, tetapi Juraij menolaknya. Dia meminta supaya tempat
ibadahnya dikembalikan dengan tanah seperti sedia kala. Mereka melakukan
seperti yang diminta Juraij. Setelah selesai Juraij masuk kembali untuk
beribadah kepada Tuhannya.
Allah
telah memakbulkan doa ibu Juraij pada Juraij. Akan tetapi Allah
menyelamatkannya dengan keshalihan dan ketaqwaannya. Terdapat dua pelajaran
yang berharga pada dikabulkannya doa ibu Juraij dan selamatnya Juraij.
(Kisah
diatas diambil dari hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dalam
Shahih-nya dari Abu Hurairah. Hadis di dalam Shahih Bukhari dalam Kitab
Ahadisil Anbiya’, bab firman Allah,
"Dan
sebutlah Maryam dalam Al-Kitab." (QS. Maryam: 16), 6/476, no. 3436. Dan
Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitabul Bir Was Shilah, bab mendahulukan Birrul
Walidain di atas shalat sunnah, 4/1976, no. 2550.)
0 comments:
Post a Comment