Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan
selepas keluar dari waktunya.
Hukum
qada’ solat
Meninggalkan solat fardhu atau
melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah
berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.
Para
ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan
sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’
solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah
tentu lebih-lebih lagi wajibnya.
Tetapi
dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan
dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Seseorang
yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia
qada’ solatnya dengan segera.
Solat
fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan
kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.
Maksud
kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh
leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak.
Menurut
Ibnu Haja al-Haitami,
Orang
yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh
waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk
menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur,
buang air, mencari nafkah, dan sebagainya. Haram baginya mengerjakan solat
sunat sebelum diqada’kan solatnya.
Tetapi
menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,
Orang yang meninggalkan
solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut
kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula
meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.
Kemudian
Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah
al-Haddad, dengan berkata,
Inilah pendapat yang
terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang
yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya
kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib.
Beliau
berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.
Cara
Qada’ Solat
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat
yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya
tidak dibimbangi habis waktunya.
Tetapi
sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat
sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.
Adalah
diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada
solat yang ditinggalkan dengan uzur.
Begitu
juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat
sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur
maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.
Kemudian
lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan
Zuhur sebelu Asar, dan begitulah seterusnya.
Malahan
tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau
terputus oleh tempoh masa yang lama.
Walau
apa pun, ingatlah – hutang WAJIB dibayar. Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment